Takbiratul Ihram

2. Takbiratul-Ihram,

iaitu mengucapkan Allahu-Akbar untuk memulakan solat. Perkataan Allahu-Akbar itu tidak boleh ditukar dengan lafaz lain seperti ” Allahu Kabir” atau “ArRahmanu Akbar” dan sebagainya.

Wajib menguatkan suara dalam mengucapkan Takbiratul Ihram itu ialah sehingga ia sendiri dapat mendengarkan lafaz tersebut.
Sebutan kalimah Allahu-Akbar itu diwajarkan agar tidak melebihi daripada empat belas harakat (tujuh alif), dan pergerakan tangannya tidak melebihi tiga kali pergerakan, kerana semua ini akan menjejaskan kesempurnaan sembahyang.

wajib menyertakan  Muqaranah (niat) semasa melakukan Takbiratul Ihram.

Nota: sebutan Allahu-Akbar yang teramat panjang ketika niat, dan pergerakan tangan yang berkali-kali, adalah disebabkan oleh was-was atau berterusan tidak kepastian sama ada apa yang dilakukanya itu telah sempurna atau belum. Was-was adalah berpunca dari bisikan syaitan, dan seseorang yang ditimpa was-was ini perlulah banyak berzikir, sebaiknya zikir “Laa-Ilaha-Illallah.”

-Kembali ke Rukun Sembahyang

Berikan jawapan atau komen anda