Sembahyang
Pengertian sembahyang dari segi bahasa ialah berdoa untuk kebaikan.
Dari segi syara’ pula ialah semua perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan salam.
Perkataan-perkataan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun qawliy.
Manakala perbuatan-perbuatan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun
fi‘liy dan perlakuan selain daripada perkataan dan perbuatan dikenali
sebagai rukun qalbiyy.
Ibadah sembahyang menjadi wajib kerana telah disabitkan oleh Al-Quran, Sunnah dan Ijma’ Ulama’. Firman Allah :
“Oleh yang demikian dirikanlah sembahyang dan berilah zakat serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah. Dialah Pelindung kamu, maka (Allah yang demikian sifat-Nya), Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik pemberi Pertolongan”.
(Al-Haj : 78)
Selamat Belajar