Ruku’ Serta Tuma’ninah

Ruku’ berserta tuma’ninah.

ialah membongkok ke hadapan sekira-kira sampai dua tapak tangan orang yang sederhana kepada dua lututnya.

Afdhal membongkok ke hadapan dengan menyamakan belakangnya dengan tengkuknya sekira-kira jadilah keduanya lurus. dan meluruskan kakinya iaitu betis dan paha. dua tapak tangan memegang dua lututnya serta menjarangkan anak jarinya.

Ruku’ orang yang sembahyang duduk

caranya ialah duduk dan membongkok kehadapan sekira-kira dahinya menyamai kepala lututnya,

Yang Afdhal ialah membongkok kehadapan sekira-kira dahinya menyamai tempat sujudnya.

Tuma’ninah  (tenang dan tertib, tidak terburu-buru)

ialah berhenti selepas bergerak, atau berhenti sekejap, sekira-kira ada masa yang menceraikan di antara dua pergerakan.

Tuma’ninah pada ruku’ ialahberhenti sekejap selepas ruku’ sebelum bergerak mengerjakan iktidal

yang Afdhalnya ialah berhenti bagi tempoh membaca 3 kali tasbih yang ditentukan.

Doa tasbih ketika ruku’ ialah:


“Maha suci Allah yang Maha Agung dengan sifat kepujian-Nya.”

Kembali ke Rukun Sembahyang

Berikan jawapan atau komen anda