Tasyahhud/Tahiyyat Akhir.

Tasyahhud /Tahiyyat akhir.

 Membaca tasyahhud akhir juga hendaklah dipelihara segala bacaan di dalamnya. Bacaan tasyahhud akhir adalah seperti berikut:



“Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Kurniakanlah rahmat dan kesejahteraan Kepada junjungan mulia Muhammad saw dan ke atas ahli keluarga baginda yang mulia, sebagaimana rahmat dan kesejahteraan yang telah Engkau kurniakan kepada Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim. Dan limpahkanlah berkatMu kepada Muhammad dan ahli keluarga Muhammad seperti mana berkatMu kepada Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau yang amat terpuji lagi amat mulia.”
nota: ungkapan “sayyidina” di dalam contoh di atas hanyalah sunat hukumnya dan tidak mengapa jika ditinggalkan.

– kembali ke Rukun Sembahyang

Berikan jawapan atau komen anda