Niat

1. Niat:

Niat dilafazkan di dalam hati.Lafaz yang disebut oleh mulut itu tidaklah dipanggil sebagai niat.

Niat solat berlaku semasa seseorang mengangkat takbiratul-ihram iaitu tatkala ia mengata Allahu-Akbar. Umpamanya, untuk solat Zuhur, maka seseorang itu akan bertakbiratul-ihram dan lalu hatinya berkata:


Sahaja aku solat Fardhu Zuhur, empat rakaat, tunai, kerana Allah Taala

Nota:

Tidak semua perkara dalam niat seperti contoh di atas adalah perkara-perkara yang dituntut dalam perbuatan niat. Perkara yang dituntut dalam niat ada 3, iaitu Qasad (“Sahaja aku solat”), Ta’arrudh (Fardhu) dan Ta’yin (Zuhur, sebagainya).
Oleh itu, niat “Sahaja aku solat Fardhu Zuhur” sudah mencukupi syarat sebagai niat.
Niat “Empat Rakaat”, “Tunai” atau “Kerana Allah Ta’ala” adalah tidak disyaratkan, bahkan hanya sunat hukumnya. Namun begitu adalah lebih baik untuk menghadirkan kesemuanya di dalam hati.
Adapun niat menjadi imam (“Imaman”) atau makmum (“Makmuman/Makmumatan”) ketika takbiratul-ihram hanyalah disyaratkan pada sembahyang Jumaat sahaja, tetapi pada sembahyang lain tidaklah disyaratkan dan hanya sunat hukumnya.
Jika tidak diniatkan menjadi imam atau makmum ketika takbiratul-ihram untuk sembahyang Jumaat, maka tidaklah sah sembahyang Jumaat seseorang itu.
Jika seseorang makmum tidak berniat menjadi makmum ketika takbiratul-ihram dalam sembahyang (selain daripada fardhu Jumaat), dia masih lagi dibolehkan berniat mengikut imam pada mana-mana rukun sembahyang, contohnya ketika rukuk. Namun begitu, adalah makruh hukumnya jika seseorang itu berterusan dengan sengaja mengikuti imam dengan tanpa berniat menjadi makmum.
Imam yang tidak berniat menjadi imam ketika takbiratul-ihram, atau ketika mana-mana rukun yang lain, tidaklah terbatal sembahyangnya ataupun sembahyang makmumnya.
Bagi sembahyang Qasar (memendekkan solat fardhu yang empat rakaat menjadi dua rakaat), perkara-perkara yang manjadi tuntutan ketika takbiratul-ihram selain Qasad, Ta’arrudh dan Ta’yin ialah niat Qasar. Maka bagi seseorang yang hendak solat Qasar perlulah berniat sekurang-kurangnya: “Sahaja aku sembahyang Fardhu Zuhur Qasar.”
Bagi sembahyang sunat yang mempunyai waktu dan sembahyang sunat yang mempunyai sebab, maka wajiblah disertakan di dalam niat hanya dua perkara, iaitu Qasad (“Sahaja aku sembahyang”) dan Ta’yin (sunat Hari Raya Adha, sunat gerhana bulan, dan sebagainya).
Dituntut juga dalam perkara niat ini ialah menentukan qabliyah (sebelum) dan ba’diyah (selepas) dalam sembahyang sunat Rawatib. Ini tertentu kepada sembahyang sunat Zuhur, Maghrib dan Isya’ sahaja, seperti dinyatakan dalam niat: “Sahaja aku solat Sunat Zuhur qabliyah/ba’diyah” atau “Sahaja aku solat Sunat Sebelum/Selepas Zuhur.”
Adapun sembahyang sunat Subuh dan Asar tidaklah disyaratkan niat qabliyah, kerana kedua-dua sembahyang tersebut hanya ada qabliyah sahaja dan tiada ba’diyah (iaitu tidak ada solat sunat Rawatib selepas Subuh dan Asar).
Bagi sembahyang sunat mutlak pula wajib disertakan di dalam niat semasa takbiratul-ihram satu perkara sahaja iaitu Qasad. Umpamanya seseorang hanya perlu berniat: “Sahaja aku sembahyang”.

Kembali ke Rukun Sembahyang

Berikan jawapan atau komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s