Duduk Antara Dua Sujud Serta Tuma’ninah

Duduk antara dua sujud berserta tuma’ninah
Wajib duduk di antara dua sujud, dan wajib jangan dipanjangkan masa duduk itu terlebih dari zikir atau doa yang dituntut padanya kerana ia adalah rukun pendek. jika ia memanjangkan dengan senghaja , batal sembahyangnya.
Mengangkat kepala dan badan untuk duduk di antara dua sujud ini mestilah bertujuan kerana melakukan rukun sembahyang. Oleh itu, sekiranya seseorang itu mengangkat dari sujud kerana tujuan lain, umpamanya mengelakkan daripada binatang, maka hendaklah ia kembali sujud semula.
Zikir atau doa ketika sujud ialah:


“Ya Allah ampunilah daku, rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikanlah aku, berilah aku hidayah, sihatkanlah aku dan maafkanlah aku.”

Kembali ke Rukun Sembahyang

Berikan jawapan atau komen anda