Bahan Bacaan

 

Buku-buku merupakan jendela pengetahuan yang menanti untuk dibuka. Apabila jendela pengetahuan dibuka, maka akan terpancar sinaran keilmuan yang mampu menerangi kediaman minda kita. Minda yang diterangi ilmu yang bermanfaat bakal menyerlahkan pemikiran yang pintar dan manifestasi amal yang baik lagi murni.

 Jom Baca.....

 

Rahsia 13 Rukun Solat

1 – Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.2 – Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.3 – Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.4 – Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.5 – Ruqu’ :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.6 – I’tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al- kautsar ketika didalam kubur.7 – Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.8 – Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.10 – Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.11 – Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.12 – Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.13 – Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W.T.

“Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ”

Wallahu A’lam..

RAHSIA KHUSYUK DALAM SOLAT
Ramai orang Islam yang mengerjakan solat tetapi berapa ramai yang dapat merasai khusyuk di dalam solatnya ? Khusyuk merupakan perkara maknawi yang tidak dapat dilihat namun mampu dirasa oleh sebahagian orang. Sebuah kitab fiqh yang menyentuh secara khusus tentang bab solat ini ialah Muniyatul Musalli yang mana solat digambarkan sebagai persembahan hadiah kepada Khaliq. Solat yangtidak khusyuk ibarat persembahan hadiah yang tidak bernilai dan tidak memberi sebarang makna.
Perumpamaan yang dinukilkan oleh pengarang kitab ini ialah solat itu diibaratkan seperti batang tubuh manusia. Kemuncak bagi matinya fungsi batang tubuh ialah apabila tiada lagi roh atau nyawa yang mendiami batang tubuh tersebut. Justeru, solat yang tidak khusyuk telah dimenefestasikan oleh pengarang kitab sebagai batang tubuh yang tidak bernyawa, kaku dan mati.
Secara ironisnya, perkara paling asas yang harus difahami oleh setiap orang Islam ialah kebersihan hati menjadi faktor yang membawa kepada kekhusyukan solat. Oleh yang demikian, dalam usaha untuk mencapai kekhusyukan dalam solat, penekanan perlu diberikan kepada ibadah hati tanpa mengabaikan rukun-rukun yang berkaitan dengan anggota badan.
Menurut Imam al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulumuddin ada menyebut bahawa enam unsur ibadah hati yang perlu diberi perhatian ialah kehadiran hati, pemahaman, pengagungan, merasai kehebatan, harap dan malu. Kehadiran hati bermaksud, hati tidak menerawang memikirkan perkara yang lain daripada solat. Pemahaman bermaksud, memahami segala perkataan yang dilafazkan di dalam solat.
Pengagungan dan merasai kehebatan bermaksud, berasa takut terhadap Allah hasil daripada kefahaman berhubung keagungan dan kebesaran ilahi. Harap pula bermaksud, mengharapkan pahala daripada Allah kerana Dialah sahaja tempat pergantungan bagi manusia. Malu bermaksud, berasa malu dengan ibadah yang telah dilakukan kerana pastinya terdapat kekurangan padanya.
Beberapa pengaruh luaran turut perlu dikawal dan dijaga dalam memastikan seseorang mampu mencapai tahap khusyuk di dalam solatnya. Antaranya, jika seseorang berasa lapar hendaklah beliau menjamah makanan terlebih dahulu sebagaimana sabda Nabi yang diriwayatkan oleh Imama Bukhari dan Muslim yang bermaksud : Apabila datang makanan malam dan iqamat untuk solat telah dilaungkan, mulailah dengan mengambil makanan terlebih dahulu”.
Dalam kitab Ihya Ulumuddin pada bab Rahsia Solat Dan Kepentingannya, Imam al-Ghazali berkata : “pengaruh luar merupakan sesuatu yang boleh memberi kesan kepada pendengaran dan penglihatan dan sekaligus menganggu kekhusyukan seseorang. Oleh iu, menjauhkan diri dari kesemua perkara tersebut merupakan satu-satunya jalan yang boleh dilakukan. Sebagai contoh, tidak melaksanakan solat di tempat yang dipenuhi ukiran kesenian atau di atas sejadah yang mempunyai celupan warna yang menarik serta gambar-gambar.
Ketika hendak bertakbiratul ihram hendaklah dikeluarkan dari hatinya segala perkara yang boleh menganggu jiwanya, dan dimasukkan ke dalam hati itu ingatan kepada akhirat dan dibayangkan keadaan huru-hara ketika berdepan dengan Allah pada satu hari nanti.
Walaubagaimanapun, hawa nafsu memang susah hendak dikawal. Manusia akan terus bermain tarik tali dengan hawa nafsunya. Manusia yang memang mencintai dunia dan condong kepadanya tidak boleh mengharapkan kelazatan brmunajat di dalam solat.
Justeru, mujahadah hendaklah dilakukan dan ini merupakan satu ubat yang pahit. Cita-cita duniawi dan cita-cita ukhrawi yang terdapat di dalam hati boleh diumpamakan seperti satu gelas yang dipenuhi air dan cuka. Seberapa banyak air yang dimasukkan ke dalam gelas itu akan mengeluarkan jumlah yang sama daripada cuka. Kedua-duanya tidak boleh berkumpul menjadi satu.
Wallahua’lam…
 
 
 

RAHSIA SOLAT AWAL WAKTU

 

 Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar atau rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu…). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la.) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya. Semua yg terdapat di alam ini adalah untuk manfaat segala makhluk2 nya.

Wallah Hu ‘aklam.

 
 
 

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

 

Written By Mohd Amirul on Wednesday, November 17, 2010 | 10:58 PM

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
 
  1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
     
  2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
     
  3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
     
  4. Orang lelaki yang melarikan diri.
     
  5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
     
  6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
     
  7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
     
  8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
     
  9. Orang-orang yang suka makan riba’.
     
  10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”
 

Berikan jawapan atau komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s