Membaca Surah Al-Fatihah

Surah Al-Fatihah

Wajib membaca pada tiap-tiap rakaat mengikut tertib dan susunan yang diketahui, iaitu:

- wajib memeliharakan segala huruf-hurufnya, baris-barisnya dan sabdu-sabdunya.

-wajib dipelihara peraturan dan susunannya serta wajib dibaca ayat-ayat Surah Al-Fatihah berturut-turut tanpa diselangi oleh sesuatu bacaan lain.

-dan tidak diselangi oleh diam yang panjang atau diam yang pendek yang diqasadkan memutuskan bacaan Al-Fatihah itu.

-diharuskan jika diselangi oleh bacaan “Amin” bagi bacaan Fatihah imam.

HUKUM ORANG YANG TIDAK MEMELIHARA BACAAN AL-FATIHAH DALAM SEMBAHYANG

seperti menggugurkan satu huruf misalnya, gugur huruf wau pada:   Iyyaka na’budu _ iyyaka nas ta’iin

Atau menggugurkan sabdu misalnya, : Iyaka na’budu, sepatutnya Iyyaka na’budu

atau mengubah baris seperti:  An’amtu  sepatutnya  An’amta

Bacaan nya itu TIDAK SAH jika sekiranya perbuatannya itu disenghajakan dan diketahui.

jika ia tidak senghaja maka wajib mengulangi dari tempat bacaan yang salah itu.

HUKUM ORANG YANG TIDAK TAHU MEMBACA AL-FATIHAH

- orang yang tidak tahu membaca kerana tidak pernah diajar atau ketiadaan Mushaf atau tidak tahu membaca atau tidak berupaya membaca dengan sempurna kerana baru mempelajarinya atau baru memeluk agama Islam atau lain-lain sebab yang munasabah, wajib ia menggantikan bacaan 7 ayat lain dari al-Quran samada berturut-turut atau berasingan dengan syarat ayat tersebut tidak kurang hurufnya dari ayat-ayat surah Al-Fatihah.( Al-Fatihah mengandungi 7 Ayat,25 Kalimah, dan 156 huruf)

- jika ia tidak mampu, wajib ia menggantikan dengan zikir atau doa yang tidak kurang hurufnya dari ayat-ayat surah Al-Fatihah.

- Jika ia tidak mampu juga, hendaklah ia diam pada kadar masa membaca Al-Fatihah.

Wallahu A’lam

- Kembali ke Rukun Sembahyang

Berikan jawapan atau komen anda

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s